Perpaduan hadiah paling bermakna Hari Merdeka

Perpaduan hadiah paling bermakna Hari Merdeka

SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengucap Selamat Hari Kebangsaan Malaysia 2024  kepada seluruh rakyat hari ini.

Seri Paduka Baginda bertitah, perpaduan kaum merupakan tonggak kepada kesejahteraan tanah air.

“Hadiah yang paling bermakna bagi saya adalah perpaduan antara kaum kerana ia merupakan kunci kemakmuran negara,” titah Sultan Ibrahim.

Perkara  itu dikongsikan Seri Paduka Baginda  menerusi laman Facebook Rasmi Sultan Ibrahim.

Terdahulu, Sultan Ibrahim menghadiri perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya melibatkan 13,009 peserta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN