Perkasakan peranan wanita dalam kepimpinan

Perkasakan peranan wanita dalam kepimpinan

SERAMAI sembilan remaja menyertai kejohonan ini yang berlangsung pada Ahad lalu di Wangsa Bowl, IOi City Mall Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Peranan wanita perlu diperkasakan dalam aspek kepimpinan untuk melakukan perubahan positif dalam pelbagai bidang yang diceburi.

Usaha itu bukan sahaja mampu mengubah kehidupan mereka sendiri, malah ia memberi impak mendalam kepada keluarga dan komuniti dengan mengimbangi tanggungjawab keluarga, keusahawanan atau usaha sosial secara profesional.

Bagi menyokong usaha tersebut, kumpulan pelajar Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bekerjasama dengan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menganjurkan kejohanan boling dengan kanak-kanak dari klien pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut, Powerhouse.

Melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini, pihak penganjur berhasrat untuk meraikan dan memperkasakan wanita, memberikan mereka sumber, pendidikan dan peluang untuk pembangunan peribadi dan profesional.

“Dengan berbuat demikian, kami berusaha untuk memupuk masyarakat yang lebih saksama dan inklusif di mana wanita dihargai dan diberi kuasa untuk berkembang maju,” kata salah seorang pelajar MBA itu.

WAO menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk mangsa keganasan rumah tangga antaranya penyediaan pusat perlindungan sementara, kaunseling bersemuka dan menerusi telefon, selain perkhidmatan kerja sosial. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN