JOHOR BAHRU: Penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil (SBNJ), esok (Sabtu) bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA menentang Selangor FC diingatkan menjaga disiplin dan tidak mencetuskan provokasi. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, perkara ini ditekankan kerana khuatir perkara tidak diingini berlaku memandangkan golongan wanita dan kanak-kanak turut berada di stadium. Katanya, sebagai ‘pemain ke-12’ JDT, sokongan dengan laungan dan chant (nyanyian) kepada skuad Harimau Selatan mampu membakar semangat juang untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA sekali…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya