Penyelam ranjau TLDM maut ketika operasi selamatkan KD Pendekar Penyelam ranjau TLDM maut ketika operasi selamatkan KD Pendekar

Penyelam ranjau TLDM maut ketika operasi selamatkan KD Pendekar

ARWAH Aman San Hermansa
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang penyelam ranjau Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menemui ajal ketika melaksanakan operasi untuk menyelamatkan bangkai Kapal Diraja (KD) Pendekar yang karam pada Ahad lalu.

TLDM dalam satu kenyataan berkata, mangsa Laskar Kelas (LK) 1 PLM Aman San Hermansa daripada Markas Selam dan Peperangan Periuk Api (MSSPA) maut ketika membuat selaman di perairan Tanjung Pengelih hari ini.

Katanya, jenazah allahyarham kini berada di Hospital Sultan Ismail, Johor untuk bedah siasat sebelum dibawa ke Lahad Datu, Sabah untuk proses pengebumian.

“Lembaga Siasatan Khas telah ditubuhkan bagi mengenalpasti punca kejadian.

TLDM akan memastikan segala bentuk bantuan dan sokongan disalurkan kepada keluarga Allahyarham dalam menghadapi dugaan ini,”katanya hari ini.

Sebelum ini KD Pendekar tenggela selepas mengalami kebocoran dan kebanjiran besar di dua batu nautika Tenggara Tanjung Penyusop, Johor.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya