Penyasaran subsidi: Isu pencatutan harga barang kecil, terkawal

Penyasaran subsidi: Isu pencatutan harga barang kecil, terkawal

ARMIZAN Mohd Ali selepas merasmikan pembukaan stesen minyak Five KLIA Pit Stop di Sepang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Fasa awal pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dalam tempoh dua bulan ini disifatkan di tahap baik dengan jumlah kes yang melibatkan isu pencatutan adalah kecil dan terkawal.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, tahap pematuhan pengusaha stesen minyak dalam pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi juga teratur bagi tempoh Jun hingga bulan ini.

Menurutnya, pihaknya hanya menerima 83 aduan awam berkait isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan pasca penyasaran susbidi diesel sejak 8 Jun hingga kelmarin dengan 24,666 premis perniagaan diperiksa dalam Op Kesan 2.0.

“Sebanyak 244 notis bertulis dikeluarkan oleh Bahagian Penguat Kuasa KPDN di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2021 (AKHAP) dengan 10 kertas sisatan telah dibuka.

“Ini membuktikan tahap pematuhan dalam kalangan sebahagian besar peniaga adalah baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan stesen minyak Five KLIA Pit Stop di sini, hari ini.

Armizan berkata, pihaknya menghargai komitmen komuniti perniagaan yang secara keseluruhannya tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan pasca penyasaran subsidi diesel.

Pada masa sama, KPDN akan terus memperkasa pemantauan di semua peringkat menerusi Op Kesan 2.0 dan maklum balas awam adalah amat dialu-alukan.

Sementara itu, Armizan berkata, KPDN melaksanakan sesi libat urus bersama pelbagai pihak bagi Belanjawan 2025 ini bagi memperoleh pelbagai input menangani permasalan melibatkan isu kos sara hidup.

Jelasnya, KPDN juga akan menbentangkan setiap dapatan daripada sesi dialog itu secara nota kepada kepada Jemaah Menteri memandangkan ia juga perlu diperhalusi secara bersama dengan kementerian terlibat.

“Apa yang saya ingin sebut antara perkara penekanan KPDN, gerakan ke depan kita dalam tangani isu kos sara hidup ini bukan hanya tertumpu kawalan harga barang dan perkhidmatan.

“Tetapi kena lihat pada aspek peningkatan dan penciptaan pendapatan rakyat. Bukan hanya sebagaimana sbelum ini tumpuan kita perlu kawal harga kawal harga barangan perkhidmatan tetapi penting juga aspek untuk tingkatkan pendapatan untuk rakyat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya