SHAH ALAM: Seorang lelaki warga Pakistan yang tular menikam seorang pekerja wanita rangkaian kedai aiskrim untuk menyamun di Taman Sri Muda direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes itu. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kebenaran reman ke atas suspek berusia 39 tahun itu diperoleh pihaknya pagi tadi. “Permohonan reman itu dibacakan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Syazwani Abd. Razak. “Suspek yang tidak diwakili peguam itu dibenarkan reman sehingga 21 Oktober ini,” katanya ketika dihubungi. Tambah beliau, siasatan lanjut masih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya