KUALA TERENGGANU: Seorang penunggang p-hailing dipenjara tujuh hari kerana mencuri dua helai baju di sebuah pusat membeli-belah, minggu lalu. Majistret Noor Mazrinie Mahmood membuat keputusan itu hari ini selepas Aimi Shairah Ismail, 37, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan ke atasnya. Mengikut pertuduhan, Aimi Shairah didakwa telah melakukan curi dalam bangunan dua helai baju berjumlah RM198 milik sebuah kedai. Tertuduh melakukan kesalahan itu di sebuah pusat membeli-belah di daerah ini kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada 8 Ogos lalu. Perbuatan itu disedari pengawal keselamatan apabila tertuduh masuk ke sebuah kedai lain…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya