MELBOURNE: Seorang penumpang ditahan selepas meninggalkan pesawat dengan cara membuka pintu kecemasan, berjalan di bahagian sayap dan memanjat turun dari enjin ke landasan dalam satu kejadian di Lapangan Terbang Melbourne, hari ini. Menurut pegawai, insiden berlaku sejurus penerbangan JQ507 dari Sydney mendarat di lapangan terbang kira-kira pukul 10 pagi ini waktu tempatan. Arab News melaporkan, berbanding keluar menggunakan pintu yang dibenarkan, lelaki tersebut meluru ke pintu kecemasan mengakibatkan gelongsor terbuka, sebelum meniti di bahagian sayap dan salah satu daripada dua enjin Airbus A320 itu untuk turun ke landasan. Pegawai Polis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya