Penjawat awam naik gaji: KPDN diminta pertingkat aspek penguatkuasaan

Penjawat awam naik gaji: KPDN diminta pertingkat aspek penguatkuasaan

FAHMI Fadzil ketika sesi dry run laluan Teksi Air Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) diminta supaya meningkatkan aspek penguatkuasaan susulan ‘berita baik’ diumumkan buat penjawat awam baru-baru ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, ingatan disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mahu ketika mesyuarat Jemaah Menteri pagi tadi.

Beliau berkata, aspek penguatkuasaan perlu ditingkatkan dan memastikan agar harga barang tidak naik terutama harga makanan di restoran.

“Jadi ada peringatan khusus untuk KPDN, namun kementerian lain juga diminta meningkatkan pemantauan sama.

“Seperti biasa, menteri-menteri juga diminta turun padang untuk melihat harga barangan di tempat masing-masing.

“Bukan hanya pengumuman baik diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada penjawat awam sebaliknya memastikan aspek penguatkuasaan dipertingkat,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-19 (MAPPA XIX) 2024 sebelum ini mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana, dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN