KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang cacat fizikal mampu meraih pendapatan RM2,500 sebulan hasil berniaga barang runcit menggunakan motosikal roda tiga sejak pertengahan Mac lalu. Muhammad Akhir Abdul Aziz, 40, berkata, dia menghidap penyakit hidrosefalus (lebihan air dalam otak) yang menyebabkan saiz kepalanya lebih besar berbanding orang normal sejak lahir. Menurutnya, dia telah menjalani pembedahan lebih tiga kali sejak usianya sembilan bulan dengan pembedahan kali terakhir dilakukan ketika usianya 10 tahun. “Sejak itu, ada perubahan positif terhadap kesihatan saya namun saya masih tidak mampu lagi bekerja seperti orang lain. “Alhamdulillah, saya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya