Pengorbanan terbalas di pentas DFP - Utusan Malaysia

Pengorbanan terbalas di pentas DFP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIDAK pernah terlintas dalam fikiran dua anak seni kelahiran Sabah, Marsha Milan Londoh dan Velvet Aduk, serta bintang semakin menyinar dari Sarawak, Alena Murang untuk digabungkan di atas pentas berprestij, Dewan Filharmonik Petronas menerusi konsert Sounds of Borneo pada 7 September ini.

Peluang tersebut ibarat mimpi yang sekian lama dipendam, akhirnya tanpa diduga, menjadi kenyataan.

Hanya mereka sahaja tahu makna kegembiraan itu sebaik sahaja dilamar Malaysian Philharmonik Orkestra untuk konsert tersebut.

Tiga penyanyi ini mampu tersenyum bangga kerana impian untuk membawa muzik tradisi Borneo ke pentas yang gah, akhirnya tercapai.

“Saya masih ingat, betapa sukarnya langkah saya dan Marsha pada 2017, bermula dengan menghasilkan lagu Sumandak Sabah dalam keadaan kami ketika itu bergerak sendiri, tanpa kehadiran label yang memayungi.

“Dan setiap penyanyi independent pasti mengerti, betapa sukarnya menerbitkan lagu kerana memerlukan peruntukan yang besar untuk menampung pelbagai kos termasuk pengedaran lagu serta penghasilan klip video.

“Semua kos tersebut kami keluarkan dari poket kami sendiri, guna simpanan masing-masing tanpa sebarang sokongan dana dari mana-mana pihak. Tapi kami beruntung kerana adanya individu-individu tertentu yang sanggup membantu tanpa mengharapkan sebarang imbuhan.

“Kalau ada yang kata kami syok sendiri, mereka tidak silap. Kerana daripada segi wang ringgit, lagu-lagu tradisi yang kami hasilkan tidak mendatangkan keuntungan. Kalau ada hasil pun, sekadar mencukupi untuk kami manfaatkan bagi projek seterusnya. Untuk beli rumah atau kereta, jauh panggang dari api. Ramai yang sangka kami kaya kerana Sumandak Sabah. Realitinya, tidak begitu,” kata Velvet.

Marsha mengakui bukan mudah untuk memartabatkan muzik Borneo, lebih-lebih lagi dalam masyarakat memandang muzik jenis itu sebagai minoriti.

Namun kata Marsha, disebabkan minat dan semangat, perjuangan untuk memartabatkan muzik jenis itu mereka teruskan tanpa mengharapkan penghargaan dari segi penganugerahan dan wang ringgit.
“Sumandak Sabah adalah lagu yang kami tak sangka menjadi fenomena kerana kami tidak pernah meletakkan harapan terhadapnya.

“Mereka yang menghargai karya yang kami hasilkan telah menyuntik semangat kami untuk terus berkarya. Setiap kali saya pulang ke Sabah, mesti ada yang bertanyakan, bila lagi lagu baru saya dan Velvet akan dihasilkan.

“Dan apabila Saya, Velvet dan Alena diberi peluang untuk pentaskan perjuangan kami, tentunya kami sangat gembira kerana selama ini, muzik tradisi Sabah Sarawak masih dianggap minoriti dan terlalu jarang mendapat tempat untuk dipersembahkan di atas pentas-pentas yang besar,” ujarnya.

PENGHORMATAN
Peluang mempersembahkan alunan alat muzik tradisional Sarawak, Sape di pentas DFP merupakan satu penghormatan buat Alena yang berdarah campur Kelabit-Inggeris.

Penat lelah selama ini terbalas apabila muzik tersebut diiktiraf menerusi pentas bertaraf antarabangsa seperti DFP.

“Perjalanan muzik saya sejak 10 tahun lalu ada pancarobanya yang tersendiri. Sedekad yang lalu, saya bermula sendiri, bermain muzik Sape di hujung minggu. Tiada siapa yang boleh saya rujuk kerana di Kuala Lumpur, mungkin hanya saya sahaja yang aktif bermain muzik tersebut.

“Muzik tradisional Sarawak, contoh seperti Sape, masih disimpan dalam kepompong pelancongan. Misi saya adalah untuk membawanya ke aliran muzik arus perdana.

“Dan saya tak mahu ubah sedikit pun muzik tersebut, tak mahu membawakannya dalam bentuk kontemporari. Pada saya biarlah keasliannya seratus peratus dikekalkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya