Pengembara tiba dari negara catat Mpox perlu pantau status kesihatan setiap hari

Pengembara tiba dari negara catat Mpox perlu pantau status kesihatan setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mana-mana pengembara yang tiba dari negara melaporkan Mpox atau cacar monyet perlu memantau status kesihatan kendiri setiap hari termasuk gejala jangkitan penyakit itu selama 21 hari dari tarikh tiba di Malaysia.

Kementerian Malaysia (KKM) berkata tu antara pengukuhan aktiviti survelan dan advokasi berkaitan Mpox susulan pengisytiharan penyakit itu sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (PHEIC) untuk kali kedua pada 14 Ogos lalu.

“KKM juga menasihatkan individu yang mempunyai sejarah aktiviti berisiko dan mempunyai gejala seperti ruam atau lepuh pada kulit segera menjalani pemeriksaan di fasiliti kesihatan berhampiran.

“Ia termasuk mengelakkan kontak dengan individu lain bagi mengelakkan penularan jangkitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KKM berkata, semua pengamal perubatan di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta juga perlu menotifikasi kes disyaki dan kes yang disahkan Mpox dengan segera ke Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan.

Katanya, ia bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dan kawalan dapat dilaksanakan.

“Bagi pengurusan kes Mpox pula, pengamal perubatan boleh merujuk kepada garis panduan
Guidelines on Mpox management in Malaysia 2023 di laman sesawang portal rasmi KKM,” jelasnya.

Pada masa sama, KKM mahu makmal bagi pengujian dan diagnostik lebih bersedia. Ketika ini terdapat 10 buah makmal yang menjalankan ujian PCR bagi tujuan pengesahan termasuk dua makmal swasta

KKM juga akan mempertingkatkan aktiviti kesedaran Mpox dan edaran bahan pendidikan kepada kumpulan berisiko dengan kerjasama badan bukan kerajaan di lokasi yang dikenal pasti seperti spa serta sauna.

“Ia termasuk memastikan premis menyediakan perkhidmatan melibatkan kontak kulit dengan pelanggan seperti spa, urutan dan lain-lain aktiviti berisiko sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran,” katanya.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan Mpox sebagai PHEIC buat kali kedua berdasarkan nasihat Jawatankuasa
Kecemasan IHR.

“Peningkatan kes di DRC adalah amat ketara dengan lebih 15,600 kes dan 537 kematian dilaporkan pada tahun 2024 iaitu melebihi jumlah tahun sebelumnya,” katanya.

“Selain itu, terdapat empat negara di Afrika Timur yang melaporkan kes Mpox buat pertama kali iaitu Burundi, Kenya, Rwanda, dan Uganda,” kata KKM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN