KEMAMAN: Gara-gara meminjamkan wang kepada rakan wanita dan bimbang dimarahi isterinya kerana kehabisan duit gaji, seorang pengawal keselamatan di Teluk Kalong, dekat sini, sanggup membuat laporan polis palsu kononnya dia disamun dua lelaki bersenjata, pagi semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata, bagaimanapun temberang lelaki warga emas berusia 65 tahun itu terbongkar apabila dia sendiri mengaku kejadian yang didakwanya itu sebenarnya tidak pernah berlaku. “Pada awalnya, pengawal keselamatan yang bekerja di sebuah syarikat di kawasan Perindustrian Teluk Kalong itu membuat laporan polis kira-kira pukul 8 pagi semalam di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya