Pengarah Media dan Komunikasi Strategik kepada PM meninggal dunia

Pengarah Media dan Komunikasi Strategik kepada PM meninggal dunia

ROZAID ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengarah Media dan Komunikasi Strategik kepada Perdana Menteri, Rozaid Abdul Rahman dilaporkan meninggal dunia pada petang tadi kerana masalah jantung di kediamannya di Putra Heights, Subang Jaya.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan, beliau telah menerima rawatan di Hospital Serdang sejak 1 Julai lalu dan dibenarkan keluar dari hospital pada 6 Ogos lalu.

Rozaid, 59, dilantik ke jawatan itu pada Mei tahun lalu.

“Pejabat Perdana Menteri mendoakan agar keluarganya diberi kekuatan dan ketabahan, dan diampunkan segala dosa Almarhum serta diberi tempat istimewa di sisiNya,” katanya dalam kenyataan.

Rozaid sebelum ini ialah Pegawai Eksekutif Pengisian/Pengarang Eksekutif Kumpulan Media The Star dan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai pemberita kadet di Utusan Malaysia pada April 1984.

Pada Disember 1989, beliau mencatat sejarah sebagai wartawan Malaysia yang pertama memasuki terowong yang dibina oleh anggota-anggota Parti Komunis Malaya (PKM) di sempadan Malaysia-Thailand sejurus selepas termeterainya perjanjian damai di antara PKM dan kerajaan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya