KUALA LUMPUR: Seorang penganggur didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran jelik menggunakan aplikasi Facebook, tiga tahun lalu. Hakim Siti Aminah Ghazali membuat keputusan itu ke atas Engkiai Suwai, 48, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya. Mengikut pertuduhan, Engkiai didakwa membuat dan memulakan penghantaran jelik menggunakan nama profil Facebook “Engkiai Kiai” dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, pada 20 Mei 2021. Hantaran itu dibaca di Pejabat Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Standard Malaysia (PCIRC JSM),…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya