PETALING JAYA: Pengaktifan lift dump spoiler yang tidak disengajakan oleh kru penerbangan ketika melakukan pemeriksaan sebelum mendarat adalah punca utama nahas pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor, tahun lalu. Lift dump spoiler ialah peranti yang mengurangkan komponen angkat pada airfoil iaitu satu permukaan bergarisan arus yang menyebabkan udara mengalir di sekitar permukaannya dengan cara terkawal. Dapatan itu antara yang terkandung di dalam laporan akhir siasatan kemalangan udara pesawat itu oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU), Kementerian Pengangkutan, setebal 148 muka surat yang disiarkan hari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya