Penerbangan MAS ke London beroperasi seperti biasa

Penerbangan MAS ke London beroperasi seperti biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) ke London beroperasi seperti dijadualkan walaupun berdepan dengan situasi tidak menentu ekoran siri protes di United Kingdom ketika ini.

Ia berdasarkan nasihat perjalanan yang dikeluarkan syarikat penerbangan itu pada 6 Ogos lalu tanpa membuat sebarang pembatalan penerbangan menerusi dua penerbangannya iaitu MH2 dan MH4.

Berdasarkan jadual penerbangan hari ini, pesawat MH2 telah berlepas pukul 12.25 pagi tadi, manakal pesawat MH4 pula berlepas pada pukul 10.18 pagi tadi.

MAS bagaimanapun mengikuti rapat situasi di negara itu bagi memastikan keselamatan penumpang dan kru penerbangan dan menasihatkan pengembara untuk mematuhi penuh nasihat yang dikeluarkan Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London.

“Kami menggalakkan para penumpang untuk sentiasa mendapatkan maklumat terkini dan nasihat perjalanan yang dikeluarkan pihak berkuasa dan mengambil langkah berwaspada sepanjang di sana,” katanya.

Wisma Putra sebelum ini menasihatkan semua rakyat Malaysia di UK  untuk menjauhkan kawasan protes, kekal berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta panduan yang diberikan pihak berkuasa tempatan.

Mana-mana rakyat Malaysia yang belum berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London dinasihatkan berbuat demikian bagi memastikan mereka boleh dihubungi dan diberikan bantuan sekiranya berlaku kecemasan.

Langkah ini juga membolehkan pihak suruhanjaya tinggi memberikan laporan terkini dan sokongan yang diperlukan.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan, rusuhan anti pendatang di UK sejak minggu lalu semakin parah dengan sebanyak 370 individu dilapor telah ditahan polis dalam tempoh seminggu.

Rusuhan itu dipercayai berpunca daripada kejadian pembunuhan tiga gadis di barat laut England, hujung Julai lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya