Pendidikan astronomi, falak asas segala ilmu

Pendidikan astronomi, falak asas segala ilmu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada awal kehidupan Nabi Adam AS, Allah SWT mengajarkan Nabi Adam tentang benda-benda alami yang terdapat di bumi dan angkasa serta kegunaannya. termasuk astronomi.

Pengajaran atau pendidikan ini menjadi asas kepada keperluan pembelajaran anak-anak bermula di rumah dan bangku sekolah lagi.

Ini membolehkan anak-anak dibekalkan tentang ilmu astronomi dan sains alami bumi (Earth Science). Ilmu sains alami angkasa dan bumi ini merangkumi Sains, Matematik, Teknologi dan Kejuruteraan.

Sebenarnya, mempelajari ilmu astronomi dan falak ini merupakan asas segala perkembangan ilmu yang ada hari ini.

Ilmu-ilmu seperti yang berkaitan kaji cuaca, pertanian, perikanan, penternakan, perburuan, kesihatan, pengangkutan, komunikasi, teologi, etimologi, antropologi dan lain-lain adalah bersumberkan kepada ilmu pengetahuan dan kajian tentang astronomi.

Astronomi juga memainkan peranan kepada bidang perikanan bermusim yang melibatkan pasang surut air yang disebabkan oleh fasa-fasa bulan dan juga musim-musim menangkap jenis ikan tertentu yang dipengaruhi oleh gerakan buruj-buruj di langit.

Objek angkasa yang penting dalam ilmu falak juga menggunakan peredaran matahari, bumi dan bulan.

Pendedahan secara praktikal untuk mencerap objek di langit terutamanya planet-planet, bulan dan bintang-bintang termasuk matahari diajar bermula dengan menggunakan mata kasar dan seterusnya dengan menggunakan alat mencerap seperti teleskop, spotting scope, teropong binokular dan kamera jarak jauh. Melalui pembelajaran astronomi dan falak (astrofalak) dapat memupuk nilai-nilai agama yang tinggi.

Melalui penghayatan tentang kejadian langit dan bumi dapat meningkatkan keyakinaan tentang penciptaan alam semesta oleh Allah SWT yang maha esa. Banyak kebaikan kita dapati dalam mengekplorasi, memahami dan melihat langit.

Antaranya ialah, mendekatkan dan mengingatkan diri (pengagungan) kita kepada Allah SWT, menginsafi diri betapa kerdilnya diri kita di atas muka bumi ini, memberikan kita ketenangan dan melapangkan fikiran, merapatkan hubungan sirratulrahim sesama manusia dan makhluk.

Meningkatkan ilmu dalam bidang astronomi dan falak (kajian), penjagaan kesihatan alami secara berterusan dan mengurangkan kesedihan yang sedang dialami.

Selain itu, kita dapat mengubati penyakit was-was, menghilangkan perasaan takut, menghilangkan rasa rendah diri dan bersikap positif dan menjadi suatu kebiasaan dongak ke langit untuk berdoa. – UTUSAN

Dr. Sairin Salleh ialah Pengasas Balaicerap Saizwagazer1, Subang Jaya; dan AJK Rukyah Negeri Sabah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN