Pencarum KWSP ada 9 hari lagi pindah simpanan

Pencarum KWSP ada 9 hari lagi pindah simpanan

Pencarum yang layak boleh mula pindahkan duit dari Akaun Sejahtera kepada Akaun Fleksibel mulai hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini berbaki sembilan hari saja lagi untuk memindahkan satu per tiga simpanan dari Akaun Sejahtera (Akaun 2) ke Akaun Fleksibel (Akaun 3).

Berdasarkan laman sesawang KWSP, tarikh akhir pemindahan simpanan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel adalah pada 31 Ogos ini.

Setakat 19 Julai lalu, seramai 3.4 juta pencarum membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel melibatkan jumlah sebanyak RM8.9 bilion.

Jumlah itu mewakili 26.2 peratus daripada 13.1 juta pencarum berusia bawah 55 tahun.

Pada masa sama, seramai 3.8 juta atau 29.3 peratus pencarum memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM12.6 bilion.

Pada Mei lalu, KWSP memutuskan untuk memperkenalkan Akaun Fleksibel yang membolehkan pencarum mengeluarkan wang simpanannya pada bila-bila masa serendah RM50.

“Akaun Fleksibel bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli. Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan,” kata KWSP di laman sesawang miliknya.

Terdapat tiga cara untuk pencarum mengeluarkan wang simpanan dari Akaun Fleksibel iaitu dengan menggunakan aplikasi KWSP i-Akaun, melalui portal laman sesawang i-Akaun (Ahli) atau Self-Service Terminal di mana-mana pejabat KWSP.

Pilihan pemindahan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel hanya boleh dilakukan sekali sahaja dan ia tidak boleh dibatalkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN