PETALING JAYA: Isu prestasi Kerajaan Perpaduan yang didakwa merudum ekoran keputusan menarik semula subsidi diesel antara elemen yang bakal menghangatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri. Penganalisis Politik dan Pensyarah Fakulti Teknologi dan Informatik Razak Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Dr. Mazlan Ali berkata, pembangkang pasti menggunakan isu-isu tersebut bagi meraih sokongan. “Isu yang akan dimainkan pasti melibatkan konsep Melayu-Islam, permasalahan Orang Asli dan pencapaian Kerajaan Perpaduan yang tidak memuaskan seperti penarikan subsidi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya