Pemuda UMNO bukan ejen PN - Dr. Akmal

Pemuda UMNO bukan ejen PN – Dr. Akmal

MUHAMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pemuda UMNO menegaskan, pergerakan itu bukan ejen Perikatan Nasional (PN) seperti didakwa sesetengah pihak.

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, meskipun terdapat percanggahan pendapat dalam beberapa isu, namun kesetiaan terhadap parti tidak pernah berganjak 

“Kita ingat lagi kerisauan bila UMNO berada dalam kejiranan Kerajaan Perpaduan, mereka takut UMNO jadi pak turut yang dipanggil kadukan. 

“Masih ingatkah perhimpunan pertama, jelas Pemuda UMNO memberi jaminan walaupun UMNO dalam Kerajaan Perpaduan,  Pemuda akan pastikan nilai perjuangan tidak akan berubah. Kita akan pertahankan hak orang Islam dan kedaulatan Raja Melayu.  

“Berapa ramai yang melihat kita bertelagah dengan jiran kita? Sampaikan kata Dr. Akmal ini ejen PN, kepala otak dia. Ada yang kata kita bawa suara PN. Kita ini ahli partilah. Ada yang kata Dr. Akmal ini bukan team work material, nak team work macam mana kalau mencabar pendirian kita?

“Saya ingatkan, Pemuda UMNO bukan ejen PN,  tetapi ahli parti yang terlalu sayangkan parti, boleh beza pendapat, tetapi  tidak ubah kesetiaan parti. 

“Kami Pemuda UMNO boleh berkawan dengan sesiapa sahaja, tetapi kalau kamu sentuh agama kami, kamu sentuh bangsa kami, kamu sentuh raja kami, kami akan bangkit melawan, tentang habis-habisan,” katanya dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya