NUSANTARA: Hasrat Indonesia memindahkan kumpulan pertama kakitangan awamnya ke ibu negara baharu Nusantara, mungkin tergendala berikutan beberapa isu termasuk kemudahan belum lengkap dan projek yang masih tertangguh. Presiden, Joko Widodo atau Jokowi berkata, mengikut rancangan asal, sebanyak 10,000 penjawat awam akan menjadi kumpulan pertama ke Nusantara pada September ini, namun ia bergantung kepada keadaan semasa. “Buat masa ini, kita masih menetapkan rancangan penempatan kakitangan awam pada bulan September. “Bagaimanapun ia bergantung kepada persiapan di Nusantara, kita tidak mahu mendesak,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini seperti laporan Bloomberg. Sekiranya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya