Pemilik rumah tersentak jumpa mayat penyewa - Utusan Malaysia

Pemilik rumah tersentak jumpa mayat penyewa

Mogok
S. VIJAYA RAO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang pemilik rumah tersentak menemukan mayat penyewanya yang juga wanita warga asing di bilik kediaman itu di sekitar Bandar Bukit Raja di sini, hari ini.

Kejadian itu disedari selepas mangsa berusia 38 tahun berkenaan tidak menyahut untuk membuka pintu rumah tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat mangsa daripada lelaki tempatan itu, kira-kira pukul 11.30 pagi.

Menurutnya, siasatan mendapati pengadu datang ke rumah itu bagi menyempurnakan perintah mahkamah kerana kegagalan penyewa melunaskan tunggakan sewa.

“Apabila tiba, nama penyewa dipanggil beberapa kali namun tiada jawapan dan pengadu bertindak masuk dengan menggunakan kunci pendua.

“Lelaki itu kemudian terhidu bau busuk dan menemukan mayat terbaring atas katil di bilik utama rumah tersebut,” katanya petang tadi.

Tambah Vijaya Rao, kejadian itu tiada sebarang unsur jenayah setakat ini dan disiasat sebagai mati mengejut (SDR).

“Mayat wanita berkenaan dihantar ke Hospital Shah Alam bagi proses bedah siasat. Polis menyeru semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengelirukan mengenai kejadian berkenaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya