KUALA TERENGGANU: Pelumba jet ski yang terjatuh di Sungai Terengganu berdekatan Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, ditemukan lemas selepas lebih 24 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan, hari ini. Mayat Abdullah Abdul Mubin, 44, dijumpai pasukan SAR kira-kira pukul 9.28 pagi tadi pada jarak 500 meter dari pos kawalan operasi. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor, berkata, operasi hari ini disertai 80 pegawai dan anggota pelbagai agensi serta orang awam. Menurut beliau, mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya