Pelarasan gaji juga libatkan pencen pesara kerajaan 

Pelarasan gaji juga libatkan pencen pesara kerajaan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penyelarasan gaji penjawat awam yang diumumkan hari ini turut melibatkan pencen pesara kerajaan. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyelarasan itu selepas kerajaan menyelaraskan gaji penjawat awam 15 hingga 42 peratus kepada kumpulan pelaksana, manakala tujuh peratus pelarasan gaji untuk pengurusan tertinggi. 

“Ramai rakan-rakan pencen (pesara kerajaan) bangkitkan isu ini. 

“Oleh itu, saya beri jaminan pesara kerajaan tidak akan terjejas dengan perubahan baharu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 (MAPPA XIX), Perkhidmatan Awam Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN