KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar maut setelah motosikal ditungganginya bergesel dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda HRV sebelum terbabas dan melanggar gerai burger di Jalan Sultan Mahmud, di sini, kira-kira pukul 4.55 petang tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, kemalangan itu berlaku ketika mangsa, Muhammad Aiman Faiz Azman, 18, menunggang motosikal Yamaha R25 dari rumahnya, di Taman Permint Jaya, Chendering ke Batu Buruk di sini. Menurut beliau, siasatan awal mendapati SUV itu dipandu lelaki berusia 59 tahun dari Kampung Padang Midin menuju Batu Buruk.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya