Pelajar SK Sri Pulai Perdana manfaatkan bahan kitar semula

Pelajar manfaatkan bahan kitar semula

Guru Sekolah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim Khasnor Kamdi (kanan) dan Haryati Arbain (kiri) bersama muridnya menunjukkan produk dari fabrik terpakai dijadikan seluar, baju, beg galas dan bantal di Iskandar Puteri, baru-baru ini. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sekumpulan murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pulai Perdana berjaya menghasilkan kerusi daripada botol plastik terbuang.

Botol plastik minuman yakult yang dijual di sekolah dikumpulkan setiap hari oleh murid-murid terbabit.

Menurut Aishah Mohd Tahar, iaitu guru penasihat Kelab Alam Sekitar sekolah itu, idea itu timbul apabila melihat banyak bekas minuman tersebut dibuang.

“Jadi timbul idea untuk membuat pelbagai hiasan dari botol yang dikumpulkan.

“Sebanyak 200 bekas botol berjaya dikumpulkan setiap hari oleh murid-murid dari Kelab Alam Sekitar dan Pendidikan Seni Visual,” katanya kepada Utusan Pelajar di Educity, Iskandar Puteri.

Menurutnya setelah bekas minuman plastik tersebut dikumpulkan dan dibersihkan ia disusun untuk dijadikan kerusi.

Murid-murid daripada Kelab Alam Sekitar akan membentuk, menyusun dan melekatkan bekas botol sehingga menjadi kerusi yang kukuh dengan dibantu oleh dua lagi guru iaitu Nur Nazihah Ahamat Mahmod dan Sarah Mohd Fauzi.

“Program yang bermula tahun lepas timbul secara spontan oleh guru apabila melihat banyak botol minuman dibuang dalam tong sampah.

 

 

 

 

“Oleh itu selepas dikutip, saya mencari sesuatu yang kreatif untuk menjadikan botol minuman ini menjadi barangan yang berguna demi menjaga alam sekitar,” jelasnya.

Hasil kerja keras dengan dibantu oleh ahli kelab akhirnya sebuah kerusi daripada botol minuman terhasil dalam masa dua minggu.

Terdapat beberapa lagi inovasi akan dihasilkan daripada botol minuman antaranya tong kitar semula, meja kopi dan replika air terjun.

Kejayaan warga kerja SK Sri Pulai menjaga alam sekitar di dalam sekolah turut mendapat penghargaan dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

Sementara itu, dua orang guru daripada SK (P) Sultan Ibrahim (SIGS), Haryati Arbain dan Khasnor Kamdi membuktikan pakaian terpakai dan kain perca boleh dimnafaatkan untuk menjana pendapatan.

Mereka menghasilkan produk daripada pakaian terpakai menjadi barangan berkualiti hasil kreativiti.

“Kami mula membuat projek inovasi daripada kain terpakai untuk menghasilkan beg, sarung kusyen, seluar dan beberapa item lagi.

“Pengumpulan fabrik lama dari murid-murid sekolah turut membantu dengan membawa pakaian serta kain perca yang tidak digunakan lagi dari rumah untuk dibawa kesekolah,” katanya kepada Utusan Pelajar.

Menurutnya, setelah semua pakaian terpakai dikumpulkan di sekolah, barulah dipilih kain yang sesuai dan dibersihkan terlebih dahulu.

Murid-murid turut membantu dengan menggunting kain perca atau pakaian untuk dijadikan helaian pelbagai saiz.

Setelah dijadikan dalam bentuk helaian barulah dijahit menjadi produk baharu yang berwarna warni dan menarik seperti seluar dan sarung kusyen yang berwarna warni.

“Guru-guru dan murid-murid yang terlibat dalam projek ini membawa misi iaitu pengurusan sisa mampan dari dibuang boleh diguna semula dan dapat menjana pendapatan,” ujarnya.

Murid-murid dibimbing bagaimana untuk menjaga alam sekitar tanpa membuang pakaian lama atau dibakar dan menjadikan fabrik terpakai boleh diguna semula dengan menghasilkan inovasi.

Projek yang bermula tahun lalu mendapat sambutan dari murid-murid dan dalam perancangan untuk membuat jualan bagi menjana pendapatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya