Pekerja kedai pajak gadai mengaku tidak salah pecah amanah hampir RM700,000 

Pekerja kedai pajak gadai mengaku tidak salah pecah amanah hampir RM700,000 

KUANTAN: Seorang pembantu jualan kedai pajak gadai mengaku tidak bersalah atas 65 pertuduhan pecah amanah harta syarikat melibatkan kerugian hampir RM700,000 ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang pembantu jualan kedai pajak gadai mengaku tidak bersalah atas 65 pertuduhan pecah amanah harta syarikat melibatkan kerugian hampir RM700,000 ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Tertuduh, Lee Pey Loo, 27 menbuat pengakuan terbabit selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan pecah amanah jenayah bagi kegunaan sendiri dengan mengambil emas yang dipajak oleh 39 orang pelanggan berbeza dari premis tempat dia bekerja di Jalan Pasar, di sini pada 6 Ogos lepas sekitar jam 12.30 tengah hari sehingga 2.00 petang.

Loo kemudian didakwa memajak kesemua barangan emas yang terdiri daripada barangan kemas serta jongkong emas untuk dipajak semula di beberapa premis pajakan lain di sekitar daerah ini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 14 tahun, sebatan dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ezuain Farhana Ahmad memohon agar tertuduh dikenakan ikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di Balai Polis Kuantan setiap bulan dan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Tertuduh yang diwakili peguam Mohd Shuhairil Ziqrul Sapi bagaimanapun memohon agar mahkamah mempertimbankan mengenakan wang jaminan minimum berikutan anak guamnya yang telah berhenti bekerja.

“Saya mohon izin kemukakan alasan bagi pertimbangan mahkamah iaitu berkenaan faktor peribadi tertuduh. Tertuduh yang bujang berusia 27 tahun sebelum ini memperoleh gaji sebanyak RM1,500 sahaja sebulan dan baru sahaja berhenti kerja. Dia mempunyai tanggungan kedua ibu bapa. 

“Selain itu, tertuduh juga terbukti memberi kerjasama hadir ke mahkamah hari ini meskipun telah dilepaskan dengan jaminan polis sebelum ini,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin berjumlah RM71,500 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin selain syarat tambahan yang dikemukakan pihak pendakwaan.

Mahkamah turut menetapkan 2 Oktober ini untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya