Pekerja hotel maut, motosikal rempuh kereta

Pekerja hotel maut, motosikal rempuh kereta

KEMPEN kesedaran mengenai keselamatan jalan raya perlu diperluaskan susulan 600,000 kes kemalangan yang direkodkan sepanjang tahun lalu. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang pekerja hotel maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Nilai/Salak Tinggi/Bukit Changgang, di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Mufadil Mokhtar, 42, maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan mendapati, sebuah kereta Proton Saga berhenti di lorong tengah persimpangan itu kerana lampu isyarat bertukar merah.

Bagaimanapun, katanya, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS-X gagal mengelak sebelum merempuh bahagian belakang kereta itu.

“Kami masih menyiasat kejadian itu dan meminta orang ramai supaya tampil ke depan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Katanya, mangsa menetap di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi di sini dan bekerja di sebuah hotel berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Wan Kamarul Azran berkata, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat dan sudah dituntut waris untuk dibawa pulang ke kampung halamannya di Kuala Krai, Kelantan bagi urusan pengebumian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN