KANGAR: Seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan menerima suapan bernilai RM12,000 sebagai dorongan terhadap kes jenayah yang disiasat pada 2019. Bagaimanapun, tertuduh K.Poobalan, 46, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, Pulau Pinang mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah. Bagi pertuduhan pertama, Poobalan didakwa menerima suatu benda berharga tanpa balasan berupa wang tunai berjumlah RM6,000 pada 24 April 2019. Manakala untuk pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa menerima suatu benda berharga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya