PDRM rakam keterangan ahli politik, suami didakwa terlibat pemerdagangan manusia

PDRM rakam keterangan ahli politik, suami didakwa terlibat pemerdagangan manusia

RAZARUDIN Husain (tengah) bersalam dengan Muhamad Zaki Harun semasa Majlis Serah Terima Tugas Pemangku Ketua Polis Kelantan di Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah merakam keterangan seorang ahli politik dan suaminya yang didakwa terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, proses itu dilaksanakan pada Julai lalu selepas artikel pertama berkait perkara tersebut dilaporkan.

Menurutnya, susulan itu siasatan terus dilakukan dan proses tersebut masih berjalan ketika ini.

“Pada masa sama, PDRM akan mendapatkan artikel yang dikeluarkan oleh negara berkenaan (Myanmar).

“Selain itu, kita juga sedang mencari saksi bagi membantu siasatan berkait dengan kes terbabit,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pemangku Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner, Mohd. Ali Tamby menggantikan Datuk Muhamad Zaki Harun yang bersara wajib pada 31 Ogos ini di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Utusan Online semalam melaporkan, seorang ahli politik yang juga bekas Timbalan Menteri dipercayai terlibat aktif dengan menjadi dalang kepada kumpulan sindiket pemerdagangan manusia antarabangsa beroperasi di Myanmar.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, wanita itu bersama suaminya turut memegang jawatan penting selaku pengerusi keselamatan sebuah syarikat.

Difahamkan, mereka mula dikesan terbabit pada awal 2020 dan suspek pernah menjadi Ahli Parlimen di negeri utara tanah air serta pernah dilantik sebagai timbalan menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya