PAU 2024: Saran had umur Puteri UMNO 40 tahun

PAU 2024: Saran had umur Puteri UMNO 40 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Had usia barisan kepemimpinan Pergerakan Puteri UMNO wajar dinaikkan kepada 40 tahun bagi memberi peluang kepada mereka yang ingin meneruskan bakti dan memastikan kelangsungan sayap itu menjadi tonggak utama.

 

Exco Puteri UMNO, Siti Nor Hasyyati Abd. Rahman berkata, i a termasuk pemegang jawatan berusia lebih 35 tahun ketika ini, supaya boleh menawarkan diri bertanding sekali lagi selagi tidak mencecah usia 40 tahun.

 

Menurutnya, sebahagian besar iaitu 80 peratus barisan kepemimpinan akan meninggalkan Puteri UMNO walaupun hanya sempat memimpin selama sepenggal. 

 

“Seramai 153 ketua-ketua Puteri bahagian akan melewati tahap usia yang dibenarkan iaitu 35 tahun.

 

“Puteri UMNO Malaysia mencadangkan supaya pada pemilihan yang akan datang perlu diadakan satu sistem kuota dalam memilih barisan kepemimpinan Puteri di semua peringkat.

 

“Ini di mana pemegang jawatan sekarang yang berumur lebih 35 tahun boleh menawarkan diri bertanding sekali lagi selagi tidak mencecah umur 40 tahun dan calon yang pertama kali menawarkan khidmat mestilah berumur di bawah 35 tahun,” katanya ketika membahaskan ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.

 

Beliau  berkata, sebanyak 50 peratus daripada barisan kepimpinan adalah di bawah umur 35 tahun dan jawatan-jawatan lantikan mesti terdiri daripada mereka yang berumur di bawah 35 tahun di peringkat jawatankuasa.

 

“Kaedah ini penting bagi memastikan kelangsungan pimpinan dan pemimpin yang akan berhadapan dengan pilihan raya umum (PRU) akan datang terdiri daripada mereka yang telah melalui proses kematangan dan memahami selok belok menguruskan perjalanan pilihan raya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN