PAU 2024: Perwakilan bahas usul pembebasan Najib

PAU 2024: Perwakilan bahas usul pembebasan Najib

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beberapa perwakilan membawa usul pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.

Antara yang membawa usul tersebut ialah Naib Ketua UMNO Bahagian Setiu, Mohd. Iskandar Jaafar dan Exco Pergerakkan Puteri UMNO, Siti Nor Hasyyati Abd. Rahman.

Mohd. Iskandar Jaafar berkata, pembebasan Datuk Seri Najib akan jadi pemangkin kebangkitan Barisan Nasional (BN) dan turut memberi manfaat kepada Pakatan Harapan (PH).

“Sudah tiba masanya untuk membebaskan beliau (Najib) dengan bersungguh-sungguh mengikut lunas Undang-Undang Fasal 42 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Dalam pada itu, Siti Nor Hasyyati juga berharap agar beliau diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini dan berharap agar satu hari nanti beliau dibebaskan.

“Beliau (Najib) akan diberikan kebebasan yang selayaknya. Kebebasan ini bukan hanya untuk dirinya tetapi juga sebagai simbol bahawa kebenaran akhirnya akan mengatasi segala cabaran dan dugaan,” katanya.

Terdahulu dilaporkan, sebanyak 72 daripada 131 usul dikemukakan perwakilan UMNO di seluruh bahagian menuntut  Najib yang juga bekas Presiden UMNO yang sedang menjalani hukuman penjara, diberikan pengampunan.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ketika membentangkan laporan Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC)

“Selagi Bossku (Najib) terperangkap, suara dan ikhtiar UMNO tidak pernah berhenti, malah beri lah kepercayaan dan keyakinan kepada kepemimpinan tertinggi.

“Justeru, saya memohon semua terus berjuang dan doa ini senjata kita. Semoga Allah lembutkan hati, membuka jalan terhadap pembebasan Datuk Seri Najib berlaku akhirnya, mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Pada tahun 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara keseluruhan berjumlah 72 tahun dan denda RM210 juta ke atas Datuk Seri Najib Razak, selepas didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan perbuatan pecah amanah, rasuah dan salah guna kuasa.

Namun, hukuman penjaranya dikurangkan kepada enam tahun dan akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Denda juga dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN