Pasukan SSMT rangkul dua emas dalam kejohanan sekolah sukan

Pasukan SSMT rangkul dua emas di kejohanan sekolah sukan

PEMAIN pasukan sepak takraw SSMT bergambar bersama pingat emas dan hadiah yang diterima pada Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Sukan Thailand (TSSG) di Trang, Thailand, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pasukan sepak takraw Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT) membuktikan kejaguhan menang dua pingat emas pada Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Sukan Thailand (TSSG) di Trang, Thailand, baru-baru ini.

Pingat emas SSMT hadir melalui acara regu berpasukan bawah 16 tahun (B-16) yang mengalahkan juara bertahan dari Thailand, Sekolah Sukan Suphanburi, 2-1 pada aksi final.

Turut menyumbang pingat emas skuad regu B-14 yang dibarisi tekong, Muhd. Raqieb Aiman Mohd. Razie, apit kiri, Syazrul Aieriel Suparman dan apit kanan, Muhd. Izzul Naqib Mohd. Rosdi.

Jurulatih sepak takraw SSMT, Mohd. Faisal Mohamad, berkata, kejayaan itu mencapai sasaran dua pingat emas yang diletakkan pada kejohanan berprestij itu yang diadakan setiap tahun selama 10 hari.

Katanya, skuad beregu B-14 tahun SSMT hampir mencipta kejutan namun akur 1-2 kepada Sekolah Sukan Nakhon Phatom pada aksi final untuk berpuas hati dengan pingat perak.

“Bukan mudah untuk SSMT bersaing dengan pasukan Thailand di tempat mereka selain turut disertai sekolah-sekolah sukan terbaik dari Malaysia namun kami berjaya beraksi dengan cemerlang.

“Ini membuktikan SSMT tidak ketandusan pemain berbakat dan kami akan terus mencungkil bakat di peringkat akar umbi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN