Pakaian Annuar curi tumpuan

Pakaian Annuar berkempen DUN Nenggiri curi tumpuan

ANNUAR Musa (tengah) dikatakan mengenakan pakaian berjenama mahal semasa turun berkempen di Pos Orang Asli di Gua Musang, Kelantan baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Pakaian yang dikenakan oleh Pengarah Operasi Perikatan Nasional (PN) PRK DUN Nenggiri, Tan Sri Annuar Musa mencuri tumpuan apabila menjadi topik hangat yang diperdebatkan warganet sepanjang tempoh berkempen.

Annuar berkata, beliau menjadi individu paling popular di Malaysia ketika ini selepas selipar, kasut, stoking yang dipakainya menjadi perhatian.

“Ambo (saya) ni ceramah setiap malam…akhir-akhir ini sohor sangat (popular). Orang paling sohor dalam Malaya (paling popular), sehari dua ini ambo (saya) lah.
“Sebab semua orang cakap pasal hal selipar, kasut, stoking,” katanya semasa Ceramah Umum PRK Nenggiri di Unit Daerah Mengundi Sungai Asap di sini malam semalam.

Media sebelum ini melaporkan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyindir Annuar kerana memakai pakaian berjenama ketika berkempen.

Menurutnya, Annuar sepatutnya berlakon sedikit supaya tidak menunjukkan kemewahan kepada masyarakat Orang Asli di DUN berkenaan.

“Tular beberapa gambar Annuar Musa pakai barang jenama Louis Vuitton (LV). Baju LV. Jam LV. Selipar pun LV. Ia ekoran Annuar pakai baju LV masa bagi maggie mee (mi segera) pada pengundi Orang Asli,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN