Pakai tindik hidung palsu, Remy Ishak okey tak itu? - Utusan Malaysia

Pakai tindik hidung palsu, Remy Ishak okey tak itu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TERKEJUT juga apabila ada yang sampaikan pada Cik Bunga mengenai imej baharu pelakon, Remy Ishak ketika tampil dalam sidang media baru-baru ini. Cik Bunga pula tak ada kesempatan untuk hadir, jadi dengar sajalah cerita daripada sumber yang datang ke majlis tersebut. 

Katanya, Remy tampil pelik dengan imej bertindik hidung. Walaupun tahu ia sekadar tindik hidung palsu, tetapi di mata ramai tetamu yang hadir, imej itu seolah-olah tidak kena dengan dia. Kalau dia masih remaja, kita fahamlah juga jika dia dalam dilema mencari identiti imej diri atau ia dilakukan atas dasar gila fesyen. 

Tetapi umur Remy yang kini sudah mencecah 43 tahun, sudah beristeri dan ada anak. Rasanya,tidak sesuai lah berimej begitu. 

Percaya atau tidak, sumber Cik Bunga beritahu, dia ada berbual dengan pelakon tersebut dan bertanyakan hal itu. Dan hendak tahu apa dia katakan? Jawab Remy, dia sengaja pakai begitu sebab dulu dia tak pernah mencuba atau merasa berimej macam itu. 

Dulu tak ada isteri, tak ada anak, jadi dia kena jaga penampilan. Apa lagi, terkedulah yang mendengar jawapan Remy sebab tak sangka, pelakon ini sudah ‘terbalik’. 

Sepatutnya, bila sudah beristeri dan ada anaklah maka penampilan seseorang lelaki harus dijaga sesuai dengan kematangan diri. 

Tetapi ini tidak. Daripada satu sudut, Cik Bunga hendak tergelak juga dengan jawapan Remy itu. Tetapi tak tahulah, mungkin Remy ada sebab tersendiri kenapa dia buat begitu. Betul-betul mahu ubah angin agaknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya