PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki ‘melanggar’ lampu isyarat merah mengakibatkan motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah motosikal lain di Jalan Greenwood-Batu Caves dekat sini semalam. Kejadian pada 8 pagi itu membabitkan dua motosikal, jenis Yamaha Y15ZR ditunggang remaja berusia 19 tahun dan sebuah Yamaha Lagenda. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, motosikal jenis Lagenda ditunggang lelaki tempatan berusia 53 tahun dari arah Greenwood menuju Selayang. “Setibanya di persimpangan lampu isyarat, lelaki itu tidak berhenti di lampu isyarat merah lalu bertembung dengan motosikal Y15ZR ditunggang remaja terbabit…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya