Orkid Vandachostylis Queen Zarith Sofiah diperkenal untuk Raja Permaisuri Agong

Orkid Vandachostylis Queen Zarith Sofiah diperkenal untuk Raja Permaisuri Agong

RAJA Zarith Sofiah diperkenalkan dengan hibrid baharu orkid dari species Vanda dengan nama Vandachostylis Queen Zarith Sofiah pada RFP2024 di Putrajaya. - GAMBAR PPJ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofia hari ini berkenan mersmikan Floria Diraja Putrajaya 2024 (RFP2024) edisi ke-13 yang menjadi acara ikonik pameran pelbagai spesies dan kultivar bunga-bungaan serta tanaman hiasan.

Baginda turut berkenan meluangkan masa melawat tapak festival di sepanjang Persisiran Tasik, Presint 2, di sini dan diperkenalkan dengan hibrid baharu orkid dari species Vanda dengan nama Vandachostylis Queen Zarith Sofiah.

Menurut Perbadanan Putrajaya (PPj), bagi penganjuran kali ini, FRP2024 mengangkat bunga Petunia sebagai bunga tema kerana keunikan struktur pertumbuhan, keindahan warna kelopak bunganya yang cantik dan menjurai dapat menyuntik elemen estetika.

Katanya, ia seumpama menerangi dan menceriakan suasana tapak pameran untuk para pengunjung menikmatinya.

“Komponen utama bagi FRP2024 adalah pameran taman dengan penyertaan lebih daripada 30 jabatan dan agensi kerajaan termasuk PPj sendiri, agensi korporat dan swasta, persatuan dan pengusaha bunga serta sekolah dan institusi pengajian tinggi.

“Ia mengenengahkan gabungan idea segar, teknik tersendiri serta reka bentuk unik dalam seni pameran taman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PPj berkata, antara komponen lain yang menjadi tarikan utama adalah Astaka Flora iaitu pameran bunga-bungaan indoor (dalaman) yang menghimpunkan penyertaan dari 10 negara (Malaysia, Thailand, Vietnam, Singapore, Filipina, Taiwan, Jepun, Hong Kong, Indonesia dan Brunei) bagi kategori gubahan bunga.

Ini termasuk pameran dan pertandingan pelbagai kategori orkid, bonsai serta terarium.

“Astaka Flora membawakan tema Keajaiban Tropika Tanah Tinggi &Tanah Rendah dengan menjanjikan keindahan koleksi tumbuhan tropika yang menyuntik suasana segar dan nyaman dalam hiasan taman serta bunga-bungaan.

“Terdapat juga Taman Malaysia Madani dan Taman Diraja yang menjadi tarikan utama bersempena Sambutan Kebangsaan 2024,” katanya.

Selain itu, antara tarikan yang dijangka menggamit pengunjung adalah gerai jualan Garden Bazar yang menjual pelbagai produk landskap, hortikultur dan perkebunan.

RFP2024 akan mempamerkan lebih 500 jenis orkid daripada pelbagai spesis dan hibrid yang cantik dan pelbagai warna.

Kata PPj, Persatuan Orkid Malaysia juga akan menganjurkan pertandingan orkid, pameran orkid dari lebih 15 koleksi Orkid Khas yang terdiri daripada nama-nama Diraja dan orang kenamaan.

“RFP2024 juga akan mempamerkan keindahan seni miniatur landskap (terrarium) yang dihasilkan melalui kreativiti pelajar-pelajar sekolah, pameran dan pertandingan bonsai serta suiseki oleh Persatuan Bonsai Malaysia, pameran Floral Masterpiece bertemakan koleksi tumbuhan Highland and Lowland yang menakjubkan,” katanya.

Dengan tema ‘Raikan Bersama! “Celebrate Together!”, RFP2024 akan berlangsung bermula hari ini hingga 1 September depan yang dibuka bermula pukul 9.00 pagi hingga 10.00 malam (Isnin – Khamis), manakala waktu operasi bagi hujung minggu pula adalah pada 9.00 pagi hingga 12.00 tengah malam (Jumaat – Ahad). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya