LUMUT: Seorang pembantu kedai runcit didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini, selepas mengaku salah melakukan khianat menyimbah cat di sebuah premis kediaman di Kampung Baru Ayer Tawar, dekat sini, Januari lalu. Fo Siew How, 29, yang belum berkahwin, membayar denda tersebut. Tertuduh yang melakukan perbuatan itu atas suruhan ‘ah long’ membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai, selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin. Mengikut pertuduhan, Siew How didakwa dengan niat telah melakukan khianat dengan menyimbah cat sehingga menyebabkan kerosakan pada pagar, dinding pagar dan halaman…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya