JAKARTA: Presiden Indonesia yang dipilih, Prabowo Subianto memberi jaminan pembangunan ibu kota Nusantara (IKN) di Kalimantan Timur akan selesai, meskipun selepas pentadbiran bertukar tangan bermula Oktober ini. Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan berhubung kesinambungan pembangunan IKN di bawah pentadbirannya meskipun projek mega itu merupakan cetusan Presiden Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi. “Kita pasti akan menyelesaikannya,” kata Prabowo dalam satu kenyataan akhbar bersama Jokowi di IKN, kelmarin. Prabowo dijangka mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia kelapan pada Oktober ini selepas memenangi pilihan raya pada Februari lalu. Walaupun diunjurkan keseluruhan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya