Nidza Afham diklasifikasi mati mengejut

Nidza Afham diklasifikasi mati mengejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Pihak Polis mengklasifikasikan kes Muhammad Nidza Afham sebagai mati mengejut (SDR).

Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan selepas bedah siasat terhadap mayat pemuda berusia 23 tahun itu didapati tiada kecederaan fizikal.

“Punca kematian ‘pending laboratory investigation’ dan lain-lain kecederaan fizikal tiada.

“Siasatan diteruskan sebagai SDR,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat agar tampil menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terkini, jenazah Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang, petang Rabu, telah selamat menjalani prosedur bedah siasat di Unit Perubatan Forensik, Hospital Shah Alam (HSA).

Menurut wakil keluarga iaitu abang ipar, Muhammad Effrie Amron, arwah di bawa ke Masjid Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam.

Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram, penyanyi, Aufahanie memaklumkan abangnya, Nidza Afham dilaporkan hilang selepas joging di Stadium Sultan Sulaiman, Klang, kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN