Nenggiri petunjuk positif kebangkitan UMNO

Nenggiri petunjuk positif kebangkitan UMNO

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pili­han Raya Kecil (PRK) Nenggiri baru-baru ini wajar menjadi titik permulaan kepada kebangkitan semula UMNO dan meyakinkan orang Melayu bahawa parti itu masih relevan.

Justeru, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menetapkan lima garis utama sebagai strategi untuk mengembalikan keyakinan dan kepercayaan orang Melayu.

Katanya, perkara pertama adalah kepimpinan UMNO di semua peringkat perlu mengambil pendekatan bahawa kerusi yang tewas sebelum ini mampu ditawan semula.

“Jika ada telahan UMNO tidak relevan ataupun ditolak oleh orang Melayu, jelas kemena­ngan ini memberikan nada baru dalam perjuangan kepimpinan UMNO di semua peringkat, jika semua pihak bersatu hati dan menyusun strategi dengan sebaiknya, insya-Allah kejayaan pasti akan memihak kepada kita seperti mana yang berlaku di Nenggiri.

“Yang kedua ialah jika ada PRK, pendekatan yang digunakan mesti berbeza mengikut landskap politik setempat.

“Ketiganya soal menteri UMNO dalam kerajaan mesti mengekalkan prestasi terbaik.

“Ini terpapar dalam laporan yang ada di sekitar Dewan Merdeka, bukan untuk bangga diri atau angkuh, tetapi mesti menjelaskan kepada parwakilan bahawa kami bertujuh dan enam timbalan menteri..kita laksanakan sepenuhnya demi rakyat Malaysia dan juga perjuangan parti,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, semalam.

Ahmad Zahid turut berkata, dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 nanti, UMNO tetap akan menggunakan lambang dacing meskipun meneruskan kerjasama dengan gabungan 18 parti dalam Kerajaan Perpaduan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya