PETALING JAYA: Selebriti dan usahawan popular tanah air, Noor Neelofa, didakwa sedang hamil anak ketiga selepas hantaran baharunya mendapat perhatian warganet.
Noor Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 35, memuat naik dua gambar di Instagram dengan mengenakan jubah labuh berwarna merah.
Keadaan fizikalnya yang dikatakan sedikit berbeza dan berisi membuatkan warganet mula berteka teki adakah ibu kepada dua anak itu sedang hamil.
“Macam nampak bump bump saja,” tulis salah seorang pengikutnya.
“Macam baru saja umum lahir Abbas. Alhamdulillah rezeki lagi,” kata sorang peminat.
“Macam mengandung. Alhamdulillah,” tulis satu komen lagi.
“Abbas akan jadi abang tak lama lagi,” tulis seorang individu.
Buat masa ini, masih tiada lagi pengesahan daripada pelakon drama Suri Hati Mr Pilot itu mahupun suaminya berkenaan khabar indah ini.
Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 3 dan Abdullah Abbas, setahun.-UTUSAN