Naik gaji: Selangor ikut Pusat

Naik gaji: Selangor ikut Pusat

AMIRUDIN Shari melawat pameran sempena Majlis Pelancaran Publisiti dan Penyertaan Awam Deraf Rancangan Tempatan MDSB 2035 di Sabak Bernam, Selangor, semalam. – UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Lebih 21,000 penjawat awam di bawah Kerajaan Negeri Selangor bakal menerima pelarasan gaji baharu seperti mana Kerajaan Persekutuan pada Disember ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ba­gai­manapun kerajaan negeri sedang meneliti implikasi kewangannya termasuk keperluan peruntukan tambahan bagi membiayai saraan baharu kakitangan awam.

Menurutnya, kaedah kenaikan turut dilakukan secara berfasa pada Disember ini dan Januari 2026 seperti mana dilakukan di peringkat Persekutuan.

“Kita sedang kira impak tetapi kita memang sudah bersedia termasuk dengan peruntukan tambahan yang mungkin untuk membiayai peningkatannya. Siap-siap nan­ti kita umumkan, sebab bulan Disember, masih ada masa.

“Tetapi saya tetap akan laksanakan pada bulan Disember. Kadarnya kita akan ikut se­perti diumumkan Perdana Menteri (termasuk tangga gaji dan penstrukturan semula seperti dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam),” katanya pada Majlis Pelancaran Publisiti dan Penyertaan Awam Deraf Rancangan Tempatan Majlis Dae­rah Sabak Bernam (MDSB) 2035, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, jumlah pe­ningkatan pendapatan yang akan diterima penjawat awam diunjurkan antara 16.8 hingga 42.7 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah tersebut mengambil kira faedah berganda apabila ia dijalankan melalui dua fasa bermula Disember 2024 dan Januari 2026. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN