PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) diarah meningkatkan aspek penguatkuasaan susulan kenaikan gaji penjawat awam yang diumumkan baru-baru ini. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam mahu penguat kuasa memastikan harga barang tidak naik terutama harga makanan di restoran. “Menteri-menteri juga diminta turun padang untuk melihat harga barangan di tempat masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar semalam. TELEGRAM Sementara itu, Fahmi berkata, tiada arahan yang melarang penjawat awam menggunakan aplikasi Telegram yang didakwa berisiko diintip dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya