MENCIPTA satu jenama Nadeera sebagai penyanyi komersial itu tidak semudah memegang kerambit dan mengukirnya di atas permukaan pohon, lalu memberitahu seluruh dunia, “Ini Nadeera”. Menjadi seorang Nadeera itu, sebaliknya harus melalui onak dan ranjau 12 tahun untuk dikenali sebagai penyanyi lagu-lagu pop dan balada Melayu, seperti yang kita saksikan sekarang. Selepas membeliakkan mata rakyat Malaysia menerusi kejuaraannya dalam pertandingan nyanyian Big Stage musim kelima, Nadeera terus konsisten mempersembah naskhah pop sebagai penerus dan kelangsungan kerjayanya dalam aliran muzik perdana. Maka, lahirlah Emas (2023), Boneka Tanpa Hati (2023) dan Udara (2024)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya