PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap akan mendapat keadilan di mahkamah selepas dituduh menghasut ketika memberi ceramah dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, baru-baru ini. Dalam satu kenyataan, Muhyiddin berkata, beliau mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. “Saya berdoa ke hadrat Allah SWT semoga saya akan mendapat keadilan di mahkamah. Saya juga mengharapkan doa dan sokongan daripada anda semua. Sesungguhnya Allah SWT bersama-sama hamba-hamba-Nya yang bersabar,” katanya. Terdahulu, media melaporkan, Muhyiddin mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen Gua Musang atas pertuduhan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya