Muhyiddin didakwa di Mahkamah Gua Musang esok

Muhyiddin didakwa di Mahkamah Gua Musang esok

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin  didakwa di Mahkamah Gua Musang, esok.

Muhyiddin sebelum ini disiasat selepas didakwa menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) menerusi ceramahnya di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sudah mendapat arahan daripada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk menuduh beliau (Muhyiddin) di Mahkamah Gua Musang.

“Pertuduhan akan dilakukan mengikut mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu media melaporkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor mengesahkan perkara berkenaan.

“Ya. Tan Sri akan didakwa esok di Mahkamah Gua Musang berhubung ceramahnya di PRK Nenggiri baru-baru ini,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, kertas siasatan berhubung ucapan Muhyiddin yang didakwa menyentuh isu 3R sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Razarudin dilaporkan berkata, setakat ini polis sudah mengambil keterangan daripada 66 saksi bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, tular dalam media sosial ucapan bekas Perdana Menteri itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN