Mohd. Na'im ziarah warga Palestin dirawat di hospital

Mohd. Na’im ziarah warga Palestin dirawat di hospital

MOHD. Na'im Mokhtar melakukan kunjungan ziarah kepada rakyat Palestin yang sedang menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar melakukan kunjungan ziarah kepada rakyat Palestin yang sedang menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

Pada kunjungan ziarah itu, kesemua mangsa yang dirawat diberikan bantuan sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.

Menurut Mohd. Na’im, usaha ini merupakan sokongan padu kepada keprihatinan tinggi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan nasib rakyat Palestin yang ditindas serta dinafikan hak mereka oleh pihak Israel.

“Syabas dan tahniah kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama pihak Kementerian Pertahanan dan hospital berkenaan atas segala usaha memberikan perkhidmatan rawatan terbaik kepada semua mangsa.

“Marilah bersama-sama kita terus berdoa agar semua mangsa yang sedang menerima rawatan diberikan kesembuhan oleh Allah. Pada masa sama, kita mendoakan agar rakyat di Palestin diberikan kesejahteraan dan keselamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Minggu lalu, seramai 41 rakyat Palestin yang cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza, dengan diiringi 86 waris mereka selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara (PTU) Subang.

Ketibaan mereka menaiki dua pesawat A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan mereka yang cedera terdiri daripada 20 lelaki dan 21 wanita berusia antara lapan bulan sehingga 62 tahun. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN