Michelle Yeoh puji pemain badminton negara - Utusan Malaysia

Michelle Yeoh puji pemain badminton negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Aksi pemain badminton, Lee Zii Jia dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang mewakili negara ke Sukan Olimpik Paris 2024 telah menuai pujian daripada aktres terkemuka Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh.

Malah, kejayaan mereka meraih pingat gangsa juga menyuntik rasa bangga buat pemenang Anugerah Oscar ke-95 tersebut.

Menerusi hantaran dalam akaun Instagram, Michelle atau nama sebenarnya Michelle Yeoh Choo Kheng, 62, merakamkan ucapan tahniah buat pemain beregu negara, Aaron Chia dan Soh Woo Yik serta pemain perseorangan, Lee Zii Jia kerana berjaya mengharumkan nama negara.

“Tahniah! Saya sangat bangga dan gembira dengan atlet Malaysia yang telah berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara badminton di Olimpik Paris. Go Team Malaysia,” tulisnya.

Terdahulu, pada Ahad lalu atlet badminton beregu negara berjaya menewaskan pemain beregu dari Denmark sekali gus mengulangi pencapaian mereka di Tokyo edisi lalu.

Malam tadi, pemain perseorangan, Lee Zii Jia pula berjaya meraih pingat gangsa pada temasya Olimpik apabila menewaskan atlet dari India, Lakshya Sen. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya